Raya bukan sekadar tentang pulang ke rumah,
tapi tentang rumah itu sendiri yang menyimpan segala rasa.
Di setiap sudut dinding, ada cerita yang tak pernah pudar.
Di setiap ruang, ada tawa yang pernah bergema.
Dan di sebalik pintu yang terbuka, ada hati-hati yang saling menunggu.
Rumah yang indah bukan hanya pada rekaannya,
tetapi pada penghuni yang menghidupkannya.
Yang menjadikan ruang biasa terasa penuh makna.
Namun, bagi yang meraikan tanpa mereka yg telah tiada, kebisingan dan kemeriahan suasana juga tak mampu melawan gema kesunyian.
Hargai setiap momen bersama keluarga selagi masih ada.
Jadikan raya tahun ini tahun mencipta seribu satu kenangan manis di teratak indah semua.
Selamat Hari Raya,
semoga setiap rumah dipenuhi kasih,
dan setiap langkah yang pulang,
sentiasa membawa bahagia.
