Salam Maal Hijrah 1443h.

Salam Maal Hijrah 1443h.

Aug 09, 2021

Salam Maal Hijrah 1443H.

Moga lembaran baru buku catatan kita semua akan tercatat yang baik-baik hendaknya. Kita tutup catatan lama dengan azam berusaha menjadi lebih baik dari semalam dan semakin baik pada hari esok.

Tiada manusia pernah terlepas dari berbuat kesilapan, kerana manusia adalah makhluk yg lemah diciptakan, tetapi kita semua sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri setiap masa. Moga catatan baru kita adalah lebih baik di masa hadapan.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama bermaafan sesama manusia dan juga memohon ampun serta taubat pada Tuhan. Saban hari, semakin banyak kita dengar berita kehilangan insan yang tersayang. Baik keluarga mahupun kenalan rapat. Moga yang telah pergi ditempatkan di sebaik2 tempat di sisi pencipta dan kita yang masih hidup berpeluang mengejar kematian yang Husnul Khatimah.

Salam maal hijrah dari kami, Oh Kay Design Studio.


Follow Us

Our Album